Rabu, 16 Mac 2011

Memo Editor Lehmann mahu beraksi bersama The Gunners


JENS Lehmann bersedia kembali ke Arsenal dan memikul tanggungjawab selaku penjaga gawang pasukan itu yang kini kritikal berikutan kecederaan yang melanda hampir semua penjaga gol mereka.

Lehmann, 41, percaya The Gunners memerlukan khidmatnya bagi mengurang tekanan yang dialami pasukan kendalian Arsene Wenger.:

Lehmann kini berada di ibu pejabat latihan London Colney bagi menjalani kursus kejurulatihan.

Bagaimanapun, sumber lain mendakwa dia sedang berbincang mengenai kontrak jangka masa pendek bersama Arsenal.

Pemain kelahiran Jerman itu pernah beraksi bersama The Gunners pada 2003 hingga 2008 sebelum berhijrah ke Stuttgart.

Masalah terus menimpa Arsenal selepas Manuel Almunia yang beraksi pada pusingan keenam Piala FA menentang Manchester United terpaksa digantikan dengan penjaga gol muda, James Shea.

Manakala Wojciech Szczesny, Lukasz Fabianski dan Vito Mannone pula terpaksa direhatkan akibat kecederaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan