Isnin, 15 November 2010

Hikmah Ibadah Qorban


Salah satu amal ibadah yang disunatkan pada hari raya ialah melakukan korban. Waktu menyembelihnya ialah sesudah mengerjakan salat sunat Aidil Adha sehingga hari tasyrik ( 13 Zulhijjah ). Ianya boleh dilaksanakan dengan menyembelih seekor kambing untuk seorang atau seekor lembu untuk tujuh orang. Firman s.w.t. :

Maksudnya : " Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu ( wahai muhammad ) kebaikan yang banyak ( di dunia dan di akhirat ) oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur) sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya )".
( Surah al-Kausar : 1-3 )

Berdasarkan kepada Firman Allah tersebut, jamhur ulama berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat muakad iaitu sunat yang sangat dituntut. Tarafnya lebih tinggi daripada sunat biasa, manakala nilai pahalanya pعla lebih besar. Dalam satu Hadis yang diriwayatkan dari Abi Hurairah katanya, Sabda Rasulullah s.a.w. :

"مَنْ وَجَدَ سَعَةً ِلأَنْ يُضَحِّيَ فَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّنـَا"

Maksudnya : " barangsiapa yang mempunyai kelapangan ( mampu ) untuk berkorban tatapi tidak dilakukannya, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini ".
( riwayat Ahmad dan Ibni Majah )


Dari Hadis ini dapat dibuat kesimpulan, bahawa ibadah korban itu sangat penting sehingga hukumnya seolah-olah hampir kepada wajib, terutama kepada orang yang berkemampuan yang telah dilimpahkan dengan rezeki kepada mereka.

Jelaslah kepada kita, bahawa ibadah korban itu disunatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai satu latihan dan ujian bagi kaum muslimim untuk memupuk semangat berkorban. dengan cara mengeluarkan sebahagian kecil nikmat dan rezeki yang dilimpahkan oleh Allah untuk dirasai oleh golongan fakir miskin sekaligus memanifestasikan syiar Islam itu sendiri.

Sebagai kesimpulan, antara hikmat dan nilai-nilai yang terkandung dalam ibadah korban antaranya ialah :

1. Melatih dan membentuk mentaliti kaum Muslimim supaya sentiasa bersedia berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Tuhan demi kepentingan orang lain.

2. Sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah ( تَقَرُّبْ إِلى اللهَ ) sebagaimana yang sering kita ikrarkan dalam sembahyang lima waktu ; sesungguhnya solatku ،hidupku, ibadahku dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allahs.w.t.

3. Menghidupkan sirah nabi Ibrahim yang kemudian disunatkan oleh Rasulullah s.a.w. menjadi syiar ibadah yang utama bagi kaum muslimim.

4. Peristiwa pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi Ismail mengisyaratkan kepada kita bahawa jalinan hubungan  kejasama antara generasi terdahulu dengan golongan terkemudian, bakal melahirkan kejayaan dan kecemerlangan ummah.

5. Dengan penyembelihan binatang korban itu, boleh dinikmati oleh diri orang yang berkorban itu sendiri, kaum keluarga jiran tetangga dan sahabat handai seluruhnya.

Maksudnya : " Dan ( ingatlah ) tak kala Tuhan kamu memberitahu, " demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras ".
( Surah Ibrahim : 7 )

Ahad, 7 November 2010

JODOH



Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Mak jawab, "Dua-dua bukan.."Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

 
"Pilihan hati mak adalah orang yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam.
 "Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " Mak menyusun ayat-ayatnya. "Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."
 Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."

Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."


Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire


"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat .. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal.. Dan masa tu mak tekad tak mahu layan. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..


Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..


"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" Saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. "Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah."

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
 "Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya.. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." Emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak?

Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." Mak menelan air liurnya. Saya diam.


Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?


"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..

Tetapi kita kena ingat..

Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin..

Tetapi bukan berkahwin...

Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali..


Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,

"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..
 Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.

Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya.

Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..

Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah..

 
Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." Emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Kakak..

Jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.

Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah..
 Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.


"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita.


Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila Dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta.


Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah.. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu..

Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "

Redha

"Kakak..
Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha..
Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.
Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..
Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "
Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah..
Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."
Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...


Written by; NURAINI JUWITA
sumber; http://nurjuwita87.blogspot.com/2008/10/mana-satu-pilihan-hati.html


SUBHANALLAH, setiap kali kita terleka, ALLAH pasti akan mengingatkan kita dengan 'teguran-tegurannya.. SANGAT INDAH ARTIKEL INI.. SEMOGA ALLAH MELIMPAHKAN RAHMAT KEPADA PENULISNYA..
 SUNGGUH, Kita memilih seseorang bukanlah kerana kita cintakan dia atau dia cintakan kita.. Tapi kita memilih dia kerana dia sayang dan cintakan kita kerana ALLAH.. SUBHANALLAH...(T_T)..

Selasa, 26 Oktober 2010

importance of attitude

There was a man who made a living selling balloons at a fair. He had all colors of
balloons, including red, yellow, blue, and green. Whenever business was slow, he would
release a helium-filled balloon into the air and when the children saw it go up, they all
wanted to buy one. They would come up to him, buy a balloon, and his sales would go up
again. He continued this process all day. One day, he felt someone tugging at his jacket.
He turned around and saw a little boy who asked,

"If you release a black balloon, would
that also fly?" Moved by the boy's concern, the man replied with empathy, "Son, it is not
the color of the balloon, it is what is inside that makes it go up."

The same thing applies to our lives. It is what is inside that counts. The thing inside of us
that makes us go up is our attitude. Have you ever wondered why some individuals, organizations, or countries are more successful than others?

It is not a secret. These people simply think and act more effectively. They have learned
how to do so by investing in the most valuable asset--people. I believe that the success
of an individual, organization or country, depends on the quality of their people.
I have spoken to executives in major corporations all over the world and asked one
question: "If you had a magic wand and there was one thing you would want changed,
that would give you a cutting edge in the marketplace resulting in increased productivity
and profits, what would that be?" The answer was unanimous. They all said that if people
had better attitudes, they'd be better team players, and it'd cut down waste, improve
loyalty and, in general, make their company a great place to work.
William James of Harvard University said, "The greatest discovery of my generation is
that human beings can alter their lives by altering their attitudes of mind."
Experience has shown that human resources is the most valuable asset of any business.
It is more valuable than capital or equipment. Unfortunately, it is also the most wasted.
People can be your biggest asset or your biggest liability.

ILMU PENGETAHUAN BERKEMBANG PESAT DI DALAM NEGARA ISLAM

Pernyataan bahawa agama bertentangan dengan perkembangan ilmu pengetahuan ,sama sekali tidak tepat dalam islam.Sejarah menunjukkan bahwa hampir semua ilmu pengetahuan diraih kaum Muslimin pada saat mereka berada dalam naungan hukum islam, bukan pada saat hukum islam dipisahkan dari kehidupan mereka.Bahkan buku-bku sejarah karangan ppenulis non-muslim pn mengakui kenyataan ini. Bukti yang lain adalah adanya berbagai kata yang biasa digunakan di Barat, seperti ;Alcohol, cipher, sugar, algebra, admiral, alchemy, atlas, coffee, cotton, dan sebagainya, yang berasal dari istilah bahasa arab. Banyak diantara kata-kata tersebut yang biasa digunakan dalam khazanah ilmu pengetahuan berasal dari Negara islam. Inilah indikasi bahwa budaya ilmiah sudah berkembang dengan baik disana.

Ilmu pengetahuan berkembang pesat dalam naungan Islam. Tidak ada penindasan sebagaimana yang dilakukan otoritas gereja di Eropa, yang mengakibatkan “ era kegelapan “,sampai akhirnya masyarakat menghapuskan pengaruh gereja. Para pemikir islam mendefinisikan dengan jelas dua jenis pengetahuan. Ibnu Khaldun dalam kitabnya,Al-Mukaddimah,mengatakan bahwa pengetahuan ( `uluum) itu ada dua macam ,yaitu ilmu Thabi`i (alamiyah) dimana manusia mendapatkan melalui pemikirannya, dan ilmu Naqliy (pemberitaan) yang diperoleh manusia dari yang membuatnya.. Yang pertama adalah pengetahuan-pengetahuan yang bersifat rasional dan filsafat yang diperoleh seorang dari pemikirannya sendiri. Dengan pemikirannya, ia memperoleh topik-topiknya, masalah-masalahnya, dan seluruh bukti-buktinya,maupun juga asfek pengajarannya,sehingga melalui pengamatan dan pembahasan , ia mengetahui yang benar dari yang keliru dengan potensi akalnya. Yang kedua adalah pengetahuan-pengetahuan Naqliyah(imformatif), yang seluruhnya disandarkan pada berita-berita dari sumber syara`. Pada jenis yang kedua ini, akal tidak turut campur kecuali mengaitkan masalah-masalah yang bersifat cabang (furu`) kemasalah pokoknya (‘ushul). Ibnu Khaldun juga mengatakan ,

“Pengetahuan-pengetahuan yang bersifat rasional dan alamiyah dimiliki oleh seluruh umat manusia ,karena manusia memperoleh pengetahuan tersebut melalui tabiat pemikirannya”.
Sedangkan dalam penentuan hukum Islam,kaum Muslim dilarang mengambil dari sumber-sumber lain kecuali dari nash-nash syara` . Allah Swt memerintahkan dan mewajibkan kaum Muslim untuk merujuk pada petunjuk wahyu dalam mengatur urusan kehidupan.

Kaum Muslim memahami bahwa pengetahuan yang bersifat rasional dan alamiyah terbuka bagi siapa saja yang ingin mempelajarinya. Dalam wilayah ilmu murni, kita boleh menggunakan akal kita; atau mengambil pendapat-pendapat yang bersifat teknis dan alamiyah dari pemikiran orang lain. Sebagai contoh ,bila seseoarang hendak merancang mesin mobil, ia boleh merujuk pada rancangan mesin yang sudah ada tanpa perlu mempertimbangkan lagi siapa yang membuatnya, Muslim atau Non-Muslim. Ilmu-ilmu murni tidak melibatkan sudut pandang seseorang tentang kehidupan, bak kapitalisme, budhisme, atau Islam. Ilmu murni memberikan pemahaman yang sama bagi semua orang.

Dengan demikian,jelas bahwa kaum Muslim terdahulu telah meraih tingkat perkembangan ilmu pengetahuan yang sangat tinggi pada masa itu serta menjadi pelopor ilmu pengetahuandi berbagai bidang baru.

ISLAM ADALAH IDEOLOGI



Untuk dapat memahami kontribusi kaum Muslimin terhadap kemajuan dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan ,kita perlu memeahami terlebih dahulu apa sesungguhnya Islam,karena Islam-lah faktor utama yang mendorong terjadinya berbagai perubahan dan penelitian.Adalah Ideologi Islam yang lebih pantas mendapat penghargaan ,bukan individu-individunya.

Kata ‘Islam’ berasal dari bahasa Arab,yang secara bahasa berarti ‘berserah diri’.Menurut istilah ‘islam’ didefinisikan sebagai segala sesuatu yang disampaikan Allah Swt,Sang Maha Pencipta melalui Rasul-Nya Muhammad Saw. Sedangkan Muslim berarti Orang yang beriman kepada Allah Swt dan menerima Muhammad Saw sebagai Nabi dan utusan Allah yang terakhir.Jadi,seorang muslim adalah orang yang menerima islam secara keseluruhan.

Apabila dibandingkan dengan ajaran agama Kristian dan Yahudi,Islam jelas lebih dari sekedar agama.Islam adalah suatu ideologi yang unik dan komprenhensif,yang membimbing dan mengarahkan kehidupan manusia.Sebagai suatu Ideologi,Islam terdiri dari akidah(doktrin atau kredo)dan syariat(sistem atau aturan) yang digunakan untuk mengatur kehidupan umat manusia.

Akidah islam memberikan jawaban yang sahih dan menyeluruh atas berbagai pertanyaan mendasar tentang keberadaan manusia dan segala sesuatu yang ada di alam semesta.Akidah islam menjelaskan tentang tujuan hidup manusia,dan hubungannya dengan sebelum kehidupan dan dengan setelah kehidupan.Dengan pemikiran ini ,islam menjelaskan permasalahan manusia yang paling mendasar dan memberikan landasan bagi sebuah sistem untuk mengatur urusan manusia.Akidah ini juga memberikan landasan bagi sebuah metode(thariqah)untuk menerapkan islam dalam kehidupan nyata.Dengan demikian ,islam bukan sekedar teori atau wacana,etapi suatu sistem bisa diterapkan secara praktis dalam kehidupan.Metode penerapan Islam addalah melalui sebuah negara,yang sama sekali berbeda dengan bentuk negar yang ada saat ini.Yakni Khilafah.Negara merupakan bagian yang tak terpisahkan dari sebuah ideologi.Ideologi sama sekali berbeda dengan filsafat,yang hanya dapat memberikan pemikiran-pemikiran yang bersifat hipotetik,tanpa suatu metode untuk menerapkannya.

Sementara itu sariat islam memberikan suatu perangkat yang komprehensif untuk mengatur segala urusan manusia.Syariat Islam mengatur dengan sahih :

1. Hubungan antara manusia dengan Sang Pencipta.

2. Urusan pribadi masing-masing individu.

3. Hubungan masyarakat ,baik perkara social,politik ,ekonomi dan hubungan Internasional.

Jadi,islam terdiri dari akidah dan syariat.Yang membedakan Islam dari ideology kapitalisme dan sosialisme adalah Islam dibangaun dari pemikiran benar,sedang ideolgi lain dibangaun dari pemikiran dangkal tentang kehidupan manusia dan dunia tempat tinggal mereka.

Karena Islam ditegakkan dari pemahaman yang sahih tentang kehidupan ,dan menempatkan kehidupan dalam konteks yang benar,maka system dan aturan yang muncul dari akidah Islam pun akan sesuai dengan karakter manusia dan mampu memberikan solusi kehidupan yang benar.Dengan demikian ,islam pasti sesuai dengan fitrah manusia.Islam sama sekali tidak mengabaikan naluri atau hawa nafsu manusia,tetapi mengatur pemenuhan keduanya denngan tepat,termasuk naluri materi melalui usaha meraih ilmu pengetahuan dan teknologi.

Hanya dengan penerapan Islam sepenuhnya secara praktis dan sistematis,maka berbagai keinginan manusia dapat diatur dengan baik,termasuk keinginan untuk mengembangkan ilmu pengetahuan dan teknologi.Implementasi syariat Islam jelas merupakan suatu keharusan;dan sebelum hal ini bisa terealisasi,maka naluri, kebutuhan,dan hawa nafsu kita masih akan terus berada dalam tekanan,terabaikan,atau terpuaskan dengan cara yang keliru.Sekalpun secara individual,naluri bisa dipenuhi dengan cara yang benar,tetapi tidak demikian halnya dengan naluri masyarakat secara keseluruhan.

Islam adalah suatu ideology yang diperuntukkan bagi seluruh umat manusia.Penyebaran islam tidak dibatasi oleh ruang dan waktu,atau tergantung pada ilmu pengetahuan dan teknologi.Sekalipun teknologi telah mengubah kondisi kehidupan manusia diseluruh dunia,tetapi kebutuhan dan naluri kemanusiaan tidak akan pernah berubah.Oleh sebab itu ,islam yang dating untuk mengatur pemenuhan kebutuhan dan naluri kemanusiaan secara implementasi syariat Islam oleh Negara Khilafah,akan terus berlaku selamanya.

Ahad, 24 Oktober 2010

ISLAM DAN ALAM SEMESTA


Kehadiran Islam dapat dirasakan dalam semua aspek kehidupan,dari politik luar negeri hingga kehidupan spiritual. Dari pergumulan ideologis hingga kehidupan pribadi. Ini disebabkan karana karakteristik Islam sebagai pandangan hidup yang dinamik berlandaskan doktrin pemikiran yang sangat kukuh. Islam tidak menganjur dalam benak penganutnya sebagai doktrin buta atau taklid semata, namun dalam bentuk seruan kepada umat manusia untuk berfikir secara mendalam tentang kekuasaan dan keindahan alam sekitar ciptaaNya. Inilah sebabnya Al-qur`an secara terus menerus mendorong manusia untuk berfikir, mengkaji, dan merenung.
  Islam mengajak manusia untuk menggunakan kemampuan akalnya dalam menyikapi berbagai kejadian alamiah dialam semesta. Apabila kita mengarahkan pandangan ke lingkungan di sekeliling kita, nescaya kita menemukan berbagai fenomena yang membuktikan kebesaran sang Pencipta. Islam menganjur seluruh manusia untuk memikirkan itu semua hingga mereka dapat menerima kebenaran tentang keberadaan Sang Khaliq.
 Seolah tak pernah berhenti kita menemukan hukum yang memperlihatkan adanya sutu kuasa mutlak sebagai pentadbir dialam semesta ini. Kemudian kita memanfaatkan hukum-hukum tersebut itu untuk memenuhi kehendak kita. Namun demikian, ramai yg keliru memahami siapa sesungguhnya yang menetapkan hukum tersebut. Apakah hukum-hukum itu yang menciptakan alam semesta, ataukah alam semesta yang menciptakan urusan tersebut?
Kedua dua kemungkinan diatas merupakan kemustahilan (impossible), jika mengandaikan segala sesuatu dialam semesta ini tergantung pada hukum yang mentadbirnya, sedangkan hukum –hukum itu sendiri merupakan suatu Fungsi dari gabungan tersebut. Oleh sebab itu, pasti ada sesuatu yang berdiri sendiri, tidak tergantung kepada kedua hal itu, dan menjadi pihak yang menciptakan keduanya.
Itulah Sang Khaliq, Zat yang tak terbatas ,berdiri sendiri,dan abadi;satu satunya Zat yang  layak  dan berhak disembah.
Dalam pandangan Islam,Sang Khaliq itu adalah Allah. 
















Sifat Wanita Idaman Jejaka

9 sifat wanita yg laki suka...

Keibuan
Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yg
bersikap keibuan, lembut,mengambil berat dan
penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu
membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang
stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika
mahu bermanja. Jangan tunggu sampai
melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan.
Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri
masing2.

Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan
seorang wanita menjadi daya tarikan di mata
lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah
anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan
yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap
keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya,
kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri
kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria
membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa
dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini
tercermin dari perasaan mudah
memaafkan,memilih waktu yang tepat utk
berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya
ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang
berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2
yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya
cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita
idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka
diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,
dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan.
Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa
bangga.

Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga
penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik,
bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai
dirinya.Dia akan murah senyuman, pandai
merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya
dan memberi yang terbaik kepada dirinya.Dia
suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara
tidak langsung memancarkan pesona yang
menyebabkan lelaki juga menyukainya.Apabila
sudah berumahtangga, wanita tersebut terus
menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh
badan walau sudah beranak-pinak.Siapa yang
tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan
ramping walau dah punya anak 3?

Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yang pandai
berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau
topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dgn
topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat
mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman
berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon
dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi
pendengar yang baik, serta mengalihkan topik
yang agak serius kepada perbualan yang lebih
menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka
bergurau dan pandai berjenaka serta boleh
menerima jenakalelaki dgn baik dan berfikiran
terbuka

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan
diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita
tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua
dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda.
Apabila berhadapan dgn suasana yang baru,
wanita tersebut tidak gentar malah cepat
menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana
saja dan tidak kekok samada di bandar atau di
kampung.

Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya
sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan
dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati
dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu
apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang
lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia
inginkan dan mahu elakkan serta menjaga
maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-
rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan
lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati

Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil
berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan
kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan
yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang
mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang
memancar keluar dgn indah dan mempesona.