Rabu, 16 Mac 2011

Panik mula melanda Tokyo


TOKYO - Kebimbangan mengenai peningkatan tahap radioaktif dalam udara akibat letupan loji nuklear menyebabkan sebahagian kecil penduduk Tokyo mula meninggalkan ibu negara itu dan yang lain menyimpan bekalan makanan dan barangan harian.

Beberapa kedutaan negara luar di bandar besar itu turut mengarahkan pegawai dan rakyat asing meninggalkan kawasan terjejas selain pelancong membatalkan percutian ke Tokyo.

Beberapa petugas media antarabangsa yang membuat liputan di Sendai, wilayah paling teruk terjejas dalam bencana itu, mula meninggalkan bandar itu selepas letupan keempat berlaku di loji nuklear itu, semalam.

Media Jepun melaporkan, tahap radioaktif rendah mula dikesan di Tokyo dan radiasi di bandar terhampir dengan Tokyo adalah 40 kali ganda lebih tinggi berbanding tahap normal. Tahap itu tidak membahayakan kesihatan tetapi mencetuskan panik dalam kalangan 12 juta penduduk bandar metropolitan itu.

Angin di kawasan loji nuklear di utara Jepun bertiup ke selatan menuju ke Tokyo sebelum dilaporkan berubah ke arah barat, semalam.

Memo Editor Lehmann mahu beraksi bersama The Gunners


JENS Lehmann bersedia kembali ke Arsenal dan memikul tanggungjawab selaku penjaga gawang pasukan itu yang kini kritikal berikutan kecederaan yang melanda hampir semua penjaga gol mereka.

Lehmann, 41, percaya The Gunners memerlukan khidmatnya bagi mengurang tekanan yang dialami pasukan kendalian Arsene Wenger.:

Lehmann kini berada di ibu pejabat latihan London Colney bagi menjalani kursus kejurulatihan.

Bagaimanapun, sumber lain mendakwa dia sedang berbincang mengenai kontrak jangka masa pendek bersama Arsenal.

Pemain kelahiran Jerman itu pernah beraksi bersama The Gunners pada 2003 hingga 2008 sebelum berhijrah ke Stuttgart.

Masalah terus menimpa Arsenal selepas Manuel Almunia yang beraksi pada pusingan keenam Piala FA menentang Manchester United terpaksa digantikan dengan penjaga gol muda, James Shea.

Manakala Wojciech Szczesny, Lukasz Fabianski dan Vito Mannone pula terpaksa direhatkan akibat kecederaan.

Selasa, 15 Mac 2011

Berdakwah untuk mempopularkan Allah: Bob Lokman

TELUK INTAN - "Dulu orang panggil saya Bob sebab saya gemuk. Sekarang saya kekal dipanggil Bob yang bermaksud Bulan Oh Bulan," jelas Mohd. Hakim bin Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman di dalam sebuah majlis ceramah di Kg. Bahagia dekat sini.
Lebih lima tahun beliau mencari hidayah dan akhirnya berubah setelah beliau diuji oleh Allah SWT dengan darah tinggi dan sakit jantung. Sejak itu, beliau banyak bertanya dengan guru-guru agama untuk mencari ilmu demi mencari kebenaran.
"Alhamdulillah, apabila saya diberikan sedikit ilmu oleh Allah maka hati saya telah terbuka untuk menyertai Parti Islam Semalaysia dengan mengisi borang ahli Pas."
"Maka, melalui Pas saya dapat berdakwah untuk mempopularkan Allah kepada orang ramai demi menebus kembali segala apa yang telah saya lakukan sebelum saya berhijrah," tambah beliau lagi.
Bagi beliau, taqwa merupakan perkara utama yang perlu ada dalam diri setiap pejuang Islam.
"Oleh itu, saya menyeru kepada orang muda, sementara anda masih ada tenaga, fikiran cerdas dan masa yang lapang, isilah dada anda dengan ilmu agama untuk meningkat ketaqwaan dan iman dan berjuanglah menegakkan Islam selagi Islam belum tertegak dan berdaulat di negara ini," ujar beliau dengan penuh semangat.
Kehadiran orang ramai pada malam itu begitu memberangsangkan sehingga kawasan pekarangan Bilik Gerakan Pemuda Pas Kg. Bahagia yang sememangnya agak luas telah dipenuhi malah hingga ke tepi jalan raya.

Fitnah: Adun Bukit Payung buat laporan polis

KUALA TERENGGANU, 14 Mac: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah membuat satu laporan polis terhadap akhbar Berita Harian hari ini.

Laporan polis tersebut dibuat pada jam 3.00 petang tadi di Balai Polis Chendering, Kuala Terengganu kerana berunsur fitnah serta memalukan wakil rakyat berkenaan.



Katanya, pihak polis diminta segera bertindak membuat siasatan terhadap penulis serta akhbar terbabit agar tidak meneruskan laporan bersifat fitnah dan memalukan itu.

“Kami buat laporan polis ini supaya pihak polis segera buat siasatan terhadap akhbar yang terlibat agar jangan meneruskan lagi.

“Kita minta mereka (akhbar) segera menunaikan beberapa tanggungjawab terhadap kesilapan yang mereka buat dengan menjatuhkan imej saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dipilih oleh rakyat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Chendering dengan diiringi oleh beberapa orang ahli jawatankuasa Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Payung.

Ini berikutan, laporan sebuah akhbar arus perdana itu yang melaporkan ‘Pegawai Adun mengaku khalwat’ serta dikaitkan dengan Adun Bukit Payung.

Mohd Nor turut melahirkan rasa kesal dan malu dengan fitnah yang dikaitkan isu khalwat dengan Pegawai Adun Bukit Payung.

“Saya buat laporan fitnah dan malu. Memalukan saya dan rakyat di Bukit Payung. Fitnah ‘jahat’ yang menyatakan saya melantik seorang pegawai yang terlibat dengan skandal seks, sedangkan saya tidak memiliki mana-mana pegawai.

“Ini (laporan) bukan hanya memalukan saya tetapi memalukan rakyat di Dun Bukit Payung, yang mereka memilih saya menjadi wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-12, lalu,” ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu menafikan mengenali individu terbabit berdasarkan laporan berita tersebut.

Katanya, dalam Dun Bukit Payung mempunyai lebih 19,000 pengundi yang terdiri dari kalangan rakyat Umno, PAS dan lain-lain.

“Saya tidak kenal individu itu berdasarkan laporan berita tersebut. Pengundi di Dun Bukit Payung seramai 19,000 orang yang terdiri dari rakyat Umno, PAS dan sebagainya.

“Nama Mohd Din Jusoh mungkin ramai yang terdapat di Dun Bukit Payung. Saya tidak pernah melantik dia (Mohd Din) sebagai pegawai Adun.



“Ini fitnah ‘jahat’ yang menyatakan saya melantik seorang pegawai yang terlibat dengan skandal seks sedangkan, saya tidak memiliki mana-mana pegawai,” jelasnya.

Sehubungan itu, Ustaz Mohd Nor telah menyerahkan kepada pihak peguam dari Dewan Pemuda PAS negeri bagi meneliti serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit.

Hadir sama mengiringinya, Ketua Penerangan Dun Bukit Payung, Mohd Nasir Ismail.(HD)

Isnin, 14 Mac 2011

Patung Kate Middleton dipasarkan



LONDON - Dia mempunyai rambut perang berkilat, memakai gaun sutera biru dan barang kemas, dan dia boleh menjadi :milik anda dengan harga AS$195 (RM593).

Patung kecil Kate Middleton, tunang kepada pewaris takhta Britain, Putera William itu jadi koleksi cederamata terbaru sempena perkahwinan pasangan itu.

Dikeluarkan oleh syarikat Franklin Mint, patung setinggi 40.6 sentimeter itu didatangkan dalam dua versi, iaitu versi tunang dan versi pengantin.

Ketaksuban rakyat Britain dan masyarakat antarabangsa terhadap pasangan diraja itu dijangka bakal menjadikan perkahwinan itu adalah yang paling menguntungkan bagi syarikat cenderamata.

Rahsia kejelitaan Salina Saibi



Pelakon utama filem Bohsia-Jangan Pilih Jalan Hitam, Salina Saibi beruntung kerana mempunyai kulit muka yang cantik dan tidak bermasalah. 


Bagi Salina, dia tidak bergantung sepenuhnya pada pemakaian produk kecantikan, sebaliknya percaya tabiat pemakanan yang baik lebih mempengaruhi.

“Pemakaian produk seperti pencuci muka hanya membantu membersihkan kotoran pada wajah.

“Namun, yang lebih penting adalah penjagaan dalaman seperti pengambilan makanan secara sihat. Saya menjauhi makanan berlemak dan berminyak bagi mengelakkan masalah kulit seperti jerawat,” katanya.

Salina juga tidak bertukar produk dan menjadi pengguna setia produk pencuci muka jenama Neutrogena sejak zaman sekolah lagi.

Menurut Salina, amalan diet sangat dititikberatkan memandangkan tubuhnya tergolong dalam kategori metabolisme rendah.

“Saya memang suka berdiet dan akan berdiet sampai bila-bila. Namun, diet saya bukanlah sekadar ingin kurus semata-mata, tetapi lebih kepada menjaga kesihatan.

“Dari segi makanan, saya kurangkan karbohidrat dan tidak mengambilnya selepas jam enam petang, sebaliknya melebihkan pengambilan protein dan fiber. Saya juga sangat menggemari sup dan buah-buahan,” katanya.

Sejarah ahli keluarga yang pernah menghidap penyakit kencing manis juga membuatkan Salina lebih berhati-hati dalam pengambilan gula.

Maka, dia mengelak minuman manis dengan pengambilan teh herba atau air limau tanpa gula.

Malah, sudah menjadi rutinnya setiap pagi selepas bangun tidur untuk meneguk air kosong dengan bacaan selawat.

Dua kali dalam sebulan, pelakon yang juga duta spa dan sauna De Mechinta ini akan memanjakan dirinya dengan menjalani rawatan muka di situ.

DIALOG NUJUM PAK BELALANG VERSI 1 MALAYSIA



Sultan Amirulrashid: Ha..Baginda Masai,Beta suka mendengar soalan yang ke-tiga….Ahli Nujum..soalan yang ketiga..

Ahli Nujum Masai: Baik lah Tuanku.. ada sebuah masaelah.. SATU baaaaanyak…, DUA sedikit-sedikit.. TIGA jarang-jarang, AMPAT(Empat) kadang-kadang…Apa itu.????

Nujum Pak Belalang: UMNO.!!

Ahli Nujum Masai: UMNO..?? Buktikan…

Nujum Pak Belalang:
SATU!!! baaanyak…ertinya.. Kes rasuah, pecah amanah, curi duit rakyat, tipu rakyat, paksa rakyat bayar saman.. baaaanyak dilakukan oleh pemimpin UMNO dalam Negara ini…

DUA!!! Sedikit..sedikit..ertinya.. Pemimpin UMNO yang lakukan kesalahan ini sedikit bilangannya yg dihadapkan ke mahkamah..

TIGA!!! Jarang-jarang.. ertinya.. jarang-jarang kita dengar hakim berani jatuhkan hukuman kepada pemimpin UMNO melainkan Najib beri lampu hijau.

EMPAT!! Kadang-kadang…ertinya.. kadang-kadang baaaaaru sekali kita dengar ADUN UMNO yang didapati bersalah oleh mahkamah (contohnya ADUN LENGGENG dan Khir Toyol)

Nujum Pak Belalang: Begitulah jawapanya Tuanku…

Sultan Amirulrashid: Bagaimana Banginda Masai..?? betul atau tidak..???

(Jawapannya tanyalah pada penyokong UMNO…)

hihihihihih..lawak2

Sejarah membuktikan PAS tidak khianat

Baru-baru ini sebuah akhbar harian tempatan memetik kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Ustaz Dato’ Harun Taib bahawa PAS bersedia bekerjasama dengan DAP, kerana parti berkenaan dapat menerima dasar dan konsep perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Beliau berkata demikian berikutan kenyataan Presiden Umno Najib Tun Razak yang berpandangan bahwa PAS sewajarnya bekerjasama dengan Umno, sebuah parti Melayu Islam berbanding dengan DAP yang bukan Islam.

Kata Ustaz Harun walaupun Umno mahu bekerjasama dengan PAS namun Umno terang-terang menolak konsep dan dasar perjuangan PAS. Berbeza dengan DAP yang walaupun sebuah parti sekular namun tidak menolak konsep dan dasar perjuangan PAS.

Sesungguhnya sejarah poitik tanahair telah membuktikan bahawa PAS konsisten dengan konsep dan dasar perjuangannya. Sejak ia ditubuhkan lebih 50 tahun dahulu dan sejak menyertai Pilihanraya Persekutuan yang pertama pada tahun 1955 begitulah PAS, jatuh dan bangun bersama Islam sehingga pernah tinggal cuma sebuah kerusi Parlimen iaitu Pengkalan Chepa dan dua kerusi DUN di Kelantan ia kekal demikian. Dan kini menang bersama Pakatan Rakyat di empat buah negeri dan bersama menafikan dua pertiga majoriti BN di Dewan Rakyat ia tetap juga begitu.

Kecakalan berpegang pada Islam inilah yang telah mengundang segan dan penghormatan kawan dan lawan terhadap PAS.

Parti-parti yang berkawan dengan PAS memahami perkara ini dan menghormati pendirian PAS. Malah rakyat rata-rata memberikan penghormatan kepada PAS lantaran iltizamnya pada Islam dan ini akan terus kekal selagi mana PAS tidak cuai atau lalai.

Benar Umno adalah sebuah parti Melayu Islam. Namun tidak seperti PAS, Umno mengambil Islam lebih secara selektif atau berpilih-pilih dan bukan sebagai konsep dan dasar perjuangan parti berkenaan. Tidak keterlaluan jika dinyatakan apa sahaja yang berbaur Islam yang tidak merugikan ia dari segi politik maka Umno akan bersedia mempertahankannya, sebaliknya jika ia merugikan khasnya dari kacamata politik maka Umno tidak teragak-agak akan menyisih atau menjauhkan diri darinya.

Contih terbaik adalah pengharaman judi di negeri Kelantan yang dikuasai PAS sejak tahun 1990. Baru-baru ini kerajaan negeri Kelantan bertindak ke atas premis yang menjual loteri “bigsweep”, dan tindakan berkenaan telah disensaikan khasnya oleh komponan BN iaitu MCA. Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasaruddin Tantawi mengeluarkan kenyataan menyeru kerajaan negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat agar mengambil langkah yang sama seperti Kelantan malah menyeru agar kerajaan negeri yang diterajui Umno turut berbuat demikian.

Saya yakin kerajaan negeri-negeri BN tidak akan memberikan respon kerana ternyata ia bakal merugikan mereka dari sudut politik walaupun jelas ia haram di sisi Islam.

PAS tidak pernah mengendurkan cita-cita perjuangannya samada dalam keadaan ia kalah apalagi ketika ia menang. Parti-parti yang berkawan denga PAS sejak dari tahun 50an dahulu seumpama Parti Negara yang bersama membentuk kerajaan negeri Terengganu tahun 1959, dan kemudiannya Parti Melayu Semangat 46 ketika PAS membentuk kerajaan negeri Kelantan tahun 1990 masing-masing sedar akan tuntutan perjuangan PAS.

Dan kini PKR dan malah DAP juga sedar akan keadaan demikian. Kerana itu kita lihat pentafsiran Islam dalam pentadbiran lebih jelas dan ketara di negeri-negeri yang PAS turut berperanan walaupun hakikatnya kawan-kawan PAS di negeri-negeri itu termasuklah DAP merupakan parti yang Umno sering cap sebagai anti Melayu dan Islam.

Sebagai kawan DAP sedar akan kemampuan PAS. Dalam Pakatan Rakyat, PAS lah parti yang paling “senior” dari sudut usia. Dan dari sudut organisasi dan kekuatan akar-umbi tidak dapat dinafikan jentera PAS lah yang antara penyumbang besar kearah kemenangan luar biasa Pakatan Rakyat dalam PRU tahun 2008 lalu. Hakikat ini disedari oleh semua pihak.

Sejarah membuktikan PAS tidak pernah mengkhianati rakan-rakannya. Parti Negara pada tahun 1960an berpaling tadah sehingga mengakibatkan kerajaan PAS tumbang di Terengganu ketika itu. BN pula pernah tendang keluar PAS sebagai rakannya di zaman Allahyarham Tun Hussien Onn sebagai PM. Rekod menunjukkan PAS lah rakan yang paling jujur sehingga dalam kerajaan PR hari ini pun tidak ada seorang pun wakil rakyat PAS berpaling tadah tidak seperti wakil-wakil dari DAP dan PKR.

Umno mungkin menyedari hakikat ini tetapi ia tewas apabila enggan jujur dalam memberikan pengiktirafan sebenar pada Islam. PAS bukannya menuntut pangkat dan kedudukan, tetapi sejak awal penubuhannya, memartabatkan Islam itulah agenda utama perjuangannya. Dengan sikap Umno yang selektif terhadap Islam ternyata rakyat lebih mengharapkan pada PAS kiranya Islam terancam atau mahu diketengahkan dalam satu-satu isu atau keadaan.

DAP kini faham keutamaan PAS setelah berkesempatan berkerjsama dengannya. Walaupun ia tidak mengiktiraf konsep Negara Islam namun sebagai sebuah parti demokratik, kiranya majoriti rakyat disesebuah negeri itu member mandat terbesar pada PAS, saya yakin DAP akan akur.

Dalam isu kontroversi loteri “Bigsweep” di Kelantan contohnya, ahli parlimen DAP dari Segambut, Lim Lip Eng menyatakan bahawa jika majoriti rakyat Kelantan mahukan pengharaman itu maka rakyat yang minoriti harus menghormatinya kerana itulah prinsip demokrasi.
Kerana itu tepatlah apabila Ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu menyatakan lebih mudah bekerjsama dengan DAP yang tidak menganggu Islam berbanding dengan Umno yang lebih mengutamakan keuntungan politik lebih dari yang lain-lain. Sekurang-kurangnya apabila berkawan dengan PAS pemahaman DAP terhadap Islam dapat disemai, dipupuk dan dibentuk oleh pimpinan dan ahli-ahli PAS. Tidak mustahil apabila dasar dan prinsip perjuangan Islam dapat difahamkan bukan hanya DAP malah sesiapa sahaja akan dapat memahami dan menerimanya secara terbuka demi kebaikan umat sejagat.

Ahad, 13 Mac 2011

Kartunis Zoy dan Berita Harian memang Haprak hina rakyat jepun..

berita harian ultraman cartoon japan earthquake


Akhbar Berita Minggu hari ini mencetuskan kontroversi apabila ia menyiarkan sebuah kartun mengenai kejadian tsunami di Jepun yang meragut nyawa ribuan rakyatnya.

Kartun lukisan Zoy yang disiarkan di muka dalam Berita Minggu - edisi
hari Ahad Berita Harian - memaparkan superhero popular Jepun - Ultraman - lari lintang pukang dari ombak tsunami yang besar.ramai rakyat Malaysia telah menyuarakan rasa kesal dan kemarahan mereka - melalui lamanweb sosial dan Twitter - terhadap Berita Minggu.


Sementara itu Kumpulan Berita Harian memohon maaf ekoran tindakan menyiarkan karikatur mengisahkan kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun dalam edisi Berita Minggu hari ini, yang ramai menganggap ia tidak menghormati keperitan rakyat negara itu.
Dalam mesej yang disiarkan menerusi Facebook petang tadi, pengaragnya berkata: “Berita Harian memohon maaf dengan penyiaran karikatur mengenai kejadian tsunami dan gempa bumi di Jepun dalam akhbar Berita Minggu hari ini.
“Pihak kami tidak berniat langsung untuk mempersendakan bencana yang menimpa negara itu, sebaliknya amat bersimpati dan berkongsi kesedihan dengan rakyat Jepun.”
Karikatur yang disiarkan di halaman 24 menunjukkan superhero Jepun “Ultraman” lari lintang-pukang bagi mengelak ditelan gelombang tsunami

Sabtu, 12 Mac 2011

Dadah tiruan ancam dunia




GENEVA - Gejala penagihan dadah tiruan didakwa sudah tidak terkawal dan merebak di banyak negara dunia, lapor Lembaga Kawalan Dadah Antarabangsa (INCB) semalam.
Dadah tiruan itu merujuk kepada dadah yang mengandungi bahan kimia yang diubah suai di makmal sama ada melibatkan dadah baru atau dadah sedia ada bagi mengaburi mata pihak berkuasa sekali gus mengelakkan ia dikategorikan sebagai bahan larangan di sisi undang-undang.
Antara dadah tiruan yang popular selain ekstasi dan amphetamine adalah mephedrone atau lebih popular dengan nama meow meow, MCAT atau buih.
Meow meow dilaporkan memiliki kesan yang sama dengan amphetamine, ekstasi dan dadah kokain.
Dadah meow meow amat popular dalam kalangan pengunjung kelab malam di London.
Menurut INCB yang merupakan badan pemantau narkotik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penyalahgunaan dadah tiruan meow meow kini merebak di kebanyakan negara dan ceruk rantau.
"Mephedrone merupakan penyumbang utama gejala penagihan dadah di Eropah, Amerika Utara, Asia Tenggara, Australia dan New Zealand," kata INCB dalam laporannya.
Menurut laporan tersebut, penyebaran meow meow sukar dibendung kerana dadah tiruan itu mudah didapati.
Dadah itu juga dijual lebih murah daripada kokain.